fbpx

Biden minta penyokong Trump beri peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden ketika berucap selepas kemenangannya pada pilihan raya presiden di Chase Center, Wilmington, semalam. - AFP

WASHINGTON- Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berjanji akan ‘menyembuhkan’ negara itu daripada isu perkauman, pandemik maut dan pecah belah politik dalaman.

“Rakyat sudah bersuara. Mereka berikan kami kemenangan yang jelas dan meyakinkan,” kata Biden dalam ucapan kemenangan di Chase Center, Wilmington.

Ribuan penyokong calon Parti Demokrat menyambut ketibaannya dengan mengibarkan bendera AS dan papan tanda kempen.

“Saya berjanji akan menjadi presiden yang menyatupadukan dan bukan memecah-belahkan,” kata Biden kepada kumpulan penyokongnya.

Bercakap kepada penyokong calon Parti Republikan, Donald Trump, Biden meluahkan rasa simpati atas kekalahan mereka.

“Saya faham kekecewaan yang anda rasa. Saya sendiri pernah merasai kekalahan beberapa kali.

“Tapi sekarang, marilah kita beri peluang kepada satu sama lain. Sudah tiba masa kita ketepikan perbezaan,” kata Biden.

Biden berkata, dia tidak melihat penyokong Trump sebagai musuh tetapi menganggap mereka sebahagian daripada rakyat Amerika.

“Kita perlu kembalikan jiwa Amerika,” ujar Biden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI