fbpx

Biden mahu satukan AS selepas ‘kemenangan menyakinkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden (kiri) bersama keluarga menyaksikan pertunjukan bunga api di Chase Center, Wilmington di Delaware. semalam. - AFP

WILMINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dilantik, Joe Biden semalam berjanji untuk menyatukan rakyat Amerika dan memulihkan perpecahan.

Biden menyatakan sedemikian selepas beliau mengumumkan ‘satu kemenangan yang menyakinkan’ dalam persaingan merebut White House daripada Donald Trump.

“Ini adalah masa untuk pemulihan di Amerika,” kata Biden kepada sekumpulan penyokong yang berhimpun di kediamannya di Wilmington, Delaware.

“Saya berjanji untuk menjadi seorang presiden yang mahu untuk tidak memisahkan tetapi menyatukan,” katanya.

Meskipun berasa kecewa terhadap penyokong-penyokong Trump, Biden berkata:

“Mereka bukan musuh kita. Mereka juga rakyat Amerika. Mari (kita) tamatkan era menggugat di Amereka di sini.

“Saya mahu ke pejabat ini (White House) untuk memulihkan roh AS, membina tulang belakang negara ini, kelas pertengahan dan menjadikan Amerika dihormati semula di serata dunia.

“Rakyat AS sudah bersuara dan memberi satu kemenangan jelas dan kemenangan menyakinkan.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI