fbpx

Bekalan makanan di Johor mencukupi sepanjang tempoh PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Johor menjalankan pemeriksaan terhadap bekalan makanan di seluruh Johor sebagai persediaan menghadapi PKPB bermula esok hingga 6 Disember.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memberi jaminan bekalan makanan di negeri ini mencukupi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok hingga 6 Disember ini.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, jaminan itu dibuat berdasarkan pemantauan dijalankan pihaknya berhubung bekalan berkenaan di seluruh negeri ini.

“Berdasarkan pemantauan, bekalan makanan mencukupi dan mudah untuk diperolehi di semua peringkat, sama ada pengilang, pemborong dan peruncit.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pembelian panik ekoran pelaksanaan PKPB yang diumumkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kuantan bermula 9 November hingga 6 Disember ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Tambah beliau, ketika pemantauan dijalankan pihaknya mendapati tidak terdapat sebarang pembelian panik terhadap bekalan makanan dibuat.

“Seramai 200 pegawai dan anggota telah menjalankan pemeriksaan bekalan membabitkan sebanyak 67,034 premis yang telah diperiksa di seluruh Johor sejak 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini.

“Kami juga menasihati peniaga untuk sentiasa mematuhi undang-undang negara dan tidak mengambil kesempatan dalam tempoh ini,” ujarnya lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku boleh menghubungi talian WhatsApp KPDNHEP Johor 019279 4317 atau emel di [email protected]! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI