fbpx

Bekalan barangan keperluan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 681 buah premis perniagaan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemeriksaan dilakukan itu termasuklah peruncit (489), pemborong (165) dan pengilang (27).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pegawai penguat kuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,382 pemeriksaan khas Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, didapati 1,380 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala dua premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

“Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI