fbpx

Anggap seperti perlawanan final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDRO enggan menjadikan PKPB sebagai alasan untuk Selangor gagal memberikan aksi terbaik pada saingan Piala Malaysia kali ini.

FORMAT aksi kalah mati yang digunakan dalam Piala Malaysia 2020 dianggap sangat mencabar oleh pemain tengah Selangor dari Brazil, Sandro Da Silva.

Menjelang pertemuan menentang Me­laka United di Stadium Hang Jebat malam ini, Sandro berkata, mereka perlu menganggap setiap perlawanan seperti aksi final sekiranya mahu melangkah jauh.

Meskipun berdepan kesukaran untuk menjalani latihan gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, namun Sandro berharap mereka mampu melakar kemenangan ke atas Melaka.

“Penangguhan aksi Piala Malaysia sebelum ini menyebabkan kami berdepan kesukaran dari segi kecergasan dan tempo kerana tidak boleh jalani latihan seperti biasa.

“Saya tahu kali ini kita bermain menggunakan format kalah mati, jadi hanya ada satu peluang untuk layak ke pusi­ngan seterusnya. Oleh itu, kami perlu bermain seperti aksi final dalam setiap perlawanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Meskipun mengakui Se­langor berdepan kesukaran ke­rana tidak boleh menjalani latihan seperti biasa tetapi bekas pemain Kedah itu tetap memasang impian untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.

“Pasukan-pasukan lain pastinya ada kele­bihan kerana tidak perlu berdepan PKPB tetapi itu bukanlah alasan untuk kami menampilkan aksi longlai. Semua pemain tetap bersema­ngat untuk berdepan Melaka.

“Biarpun kami tidak boleh menjalani latihan seperti biasa, kami perlu anggap ia sebagai cabaran. Sekiranya Selangor ma­hu memenangi Piala Malaysia, kami perlu hadapi cabaran ini terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI