fbpx

Aliran trafik masuk ke Kelantan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan utama Kuala Lumpur-Kota Bharu melalui bandar Gua Musang masih lengang dan belum berlaku peningkatan kenderaan menjelang PKPB tengah malam ini.

GUA MUSANG – Aliran trafik masuk ke Kelantan melalui jalan utama bandar ini lancar tanpa pertambahan kenderaan menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, pelbagai cerita yang digembar gembur mengenai pertambahan bilangan kenderaan warga kota pulang ke kampung sebelum PKPB adalah tidak betul.

Katanya, sejak pagi tadi, jumlah kenderaan normal dan dijangka kekal sehingga menjelang malam ini.

“Setakat ini, anggota polis yang ditugaskan membuat pemantauan berhubung laluan jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Gua Musang-Kota Bharu melaporkan belum berlaku peningkatan.

“Mengikut maklumat yang kita terima, laluan jalan terbabit lengang dan begitu juga di kawasan Rehat dan Rawat, Hentian Gua Musang yang tidak sesak dengan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, situasi itu dipercayai berlaku kerana warga kota sudah memahami tentang arahan sekatan PKPB yang dilaksanakan pihak kerajaan.

Sementara itu, beliau turut menyangkal satu mesej tular di aplikasi WhatsApp berkenaan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V supaya pihak polis melakukan sekatan jalan raya di semua pintu masuk ke negeri ini.

“Setakat ini berita mengenai mesej itu adalah tidak sahih.

“Kita tunggu perkembangan seterusnya dan ketika ini masih kekal satu sekatan jalan raya di Kampung Kundur, Jalan Gua Musang-Lojing,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, semua tiket bas ekspres Mutiara habis dijual.

Katanya, ia membabitkan perjalanan dua buah bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu malam ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI