fbpx

Nahas Helikopter: Bekas CEO Mas terselamat nahas dua helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kejadian nahas dua helikopter di Taman Melawati, Kuala Lumpur pagi tadi.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya terselamat dalam nahas helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, turut terselamat dalam insiden itu adalah Tan Chai Eian, 51, yang berada bersama Ahmad Jauhari, 66, dalam pesawat terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua helikopter tersebut adalah dari syarikat yang sama.

“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44.

“Kami percaya mereka berlepas dari Subang menuju ke Genting Sempah. Kami sedang menyiasat punca kematian manakala siasatan berhubung insiden itu akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam, ” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI