fbpx

Siasatan 6 anggota peras ugut orang awam selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali memeriksa dokumen pengguna jalan raya ketika melakukan pemantauan di Plaza Tol Sungai Besi hari ini.

SERDANG – Kertas siasatan berhubung enam anggota polis dari Balai Polis Serdang yang terlibat dalam kegiatan pemerasan terhadap orang awam akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

“Kertas siasatan itu diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang- undang (D5) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan susulan.

“Selain itu, kita juga masih menunggu laporan patalogi susulan salah seorang daripada anggota berkenaan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pemantauan Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua enam anggota yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu kini ditempatkan di bahagian pentadbiran.

Sebelum ini, Razali mengesahkan penahanan enam anggota berpangkat Koperal, Lans Koperal dan Konstabel itu oleh sepasukan pegawai dari Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas disyaki melakukan pemerasan terhadap orang awam di sekitar kawasan The Mines dan Balakong.

Dalam pemeriksaan itu, JIPS menemui wang tunai RM900 disyaki hasil pemerasan terhadap orang ramai yang diperiksa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI