fbpx

Sabah dekat di hati kerajaan Persekutuan – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji Noor.

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menyatakan pemberian peruntukan sebanyak RM5.1 bilion bagi pembangunan infrastruktur di negeri ini bukti Sabah dekat di hati kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, pihaknya gembira dengan belanjawan yang sudah dibentangkan semalam kerana mengambil kira pemulihan ekonomi secara menyeluruh.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana memberi perhatian kepada keperluan di Sabah.

“Melalui pembentangan Belanjawan 2021 semalam juga, Sabah turut menerima RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Hajiji berkata, antara berita baik bakal dinikmati rakyat Sabah yang sudah diumumkan dalam Belanjawan Nasional 2021 terbabit termasuklah pemberian Geran Khas Tambahan RM1,000 untuk peniaga, pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong untuk mengurangkan beban ekoran penurunan kedatangan pelancong di Sabah.

“Peruntukan Program Pengagihan Barang Asas, gas cecair petroleum (LPG) dan Drum Komuniti akan diperluas ke-34 kawasan baharu termasuklah di Sabah meningkat kepada RM200 juta dan sebanyak RM100 juta untuk pihak berkuasa pelaburan serantau termasuk Lembaga Pelaburan dan Ekonomi Sabah (SEDIA).

“Sebanyak RM41 juta juga diperuntukkan bagi Program Hak Adat Anak Negeri di negeri ini selain perkhidmatan bank bergerak turut bakal diperluas ke Sabah demi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berharap keselamatan Sabah khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)) melalui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dapat dipertingkatkan melalui peruntukan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan selain RM17 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengalu-alukan subsidi padi bukit agar diwujudkan semula dengan peruntukan RM40 juta untuk tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI