fbpx

PKPB diperluas ke tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu hingga 6 Disember depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang Covid-19.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif  Covid-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

“PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini,” katanya tadi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI