fbpx

Nak pinjam RM20,000, hangus RM33,760

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

LIPIS – Seorang peladang kerugian RM33,760 selepas ditipu ah long dalam urusan memohon pinjaman RM20,000 ketika kejadian di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, lelaki berusia 33 tahun tersebut memohon pinjaman selepas melihat iklan di laman sosial Facebook.

“Mangsa tertarik dengan tawaran pinjaman wang berlesen diiklankan syarikat beralamat di Setapak, Kuala Lumpur dan menghubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Pada 1 November, suspek memaklumkan pinjaman tersebut telah lulus dengan bayaran secara ansuran RM417 sebulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, bermula dengan itu, suspek meminta mangsa membayar pelbagai yuran proses serta bayaran-bayaran lain sebelum wang pinjaman tersebut dapat dikreditkan ke dalam akaun bank.

Mohd. Wazir menambah, mangsa melakukan 11 transaksi pindahan wang ke dalam akaun berlainan milik individu berbeza pada tempoh antara 2 hingga 5 November lalu.

“Setelah memasukkan semua wang yang diminta, mangsa masih dihubungi oleh suspek melalui WhatsApp dan diarahkan membayar pelbagai yuran proses.

“Mangsa mula curiga kerana masih diminta membayar duit proses tetapi belum menerima wang pinjaman walaupun telah membuat pelbagai bayaran,” ujar Mohd. Wazir.

Lelaki tersebut tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI