fbpx

MB Perak arah pembinaan jambatan Kampung Teras Ijok disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pelajar hampir setiap hari bergadai nyawa melalui jambatan runtuh di Kampung Teras Ijok, Selama untuk pergi dan pulang dari sekolah.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan di Kampung Teras Ijok, Selama disegerakan.

Ia berikutan kesukaran penduduk setempat untuk melaksanakan kehidupan seharian berikutan kerja pembinaannya yang masih tertangguh seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kelulusan peruntukan bagi menaiktaraf jambatan berkenaan sebanyak RM645,000 telah diluluskan pada Ogos 2019 namun ditangguhkan kerana perubahan reka bentuk.

“Bagaimanapun, saya berpandangan bahawa proses perubahan reka bentuk mengambil masa yang begitu lama iaitu melebihi 10 bulan adalah tidak dapat diterima. Keselamatan orang ramai tidak boleh dikompromi dan dilengah-lengahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan supaya projek itu disegerakan dan ia akan dipantau secara rapat oleh Pejabat Menteri Besar.

Jambatan di Kampung Teras Ijok itu runtuh akibat berlakunya pergerakan tanah sepanjang 200 meter pada 25 Oktober tahun lalu berikutan hujan lebat.

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang warga emas, Hanudin Bahazim, 60, maut akibat tertimbus dalam runtuhan tanah di kediamannya.

Kosmo! kelmarin melaporkan, sekumpulan pelajar dari Kampung Teras Ijok terpaksa bergadai nyawa hampir setiap hari apabila perlu melalui jambatan yang telah runtuh untuk pergi dan pulang ke sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI