fbpx

Malupa si pematah hati wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALUMA

MALUMA bukan satu nama asing buat peminat genre muzik reggaeton. Bintang muda yang berasal dari Colombia itu optimis mencipta nama di persada muzik antarabangsa hingga berpeluang bergandingan dengan ramai penyanyi wanita popular seperti Madonna, Jennifer Lopez, Becky G, Shakira, dan Thalia.

Pesona dimiliki nyata memikat hati banyak wanita, khususnya penggemar muzik berirama Latin termasuk beberapa artis popular yang kerap dikaitkan dengan dirinya.

Mungkin dek terlalu kerap didampingi wanita jelita, Maluma menemui solusi untuk menunjukkan apresiasi dengan cara meluahkannya dalam lagu.

Boleh dikatakan sejak muncul dengan album pertama pada 2012, posisi Maluma sebagai penyanyi Latin meroket dengan jayanya sehingga beberapa kali albumnya meraih gelaran Double

Platinum, Quintuple Platinum dan Diamond menerusi Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).

Disebabkan pencapaian itu juga, setiap karya yang dihasilkan sentiasa mendapat perhatian, termasuklah album terbaharunya, Papi Juancho.

Album kelima itu mengetengahkan wanita dan cinta sebagai fokus penceritaan dalam setiap lagu, selain bersesuaian dengan cita rasa muzik Latin.

Bagi sesetengah pendengar, lirik sebegitu mungkin kedengaran keterlaluan tetapi apabila bercerita tentang budaya dan gaya muzik, perkara itu menjadi satu elemen penting dalam pembikinan karya.

ALBUM kelima Maluma bertajuk Papi Juancho mempunyai keistimewaan tersendiri tetapi kurang memberi impak kepada pendengar.

Begitu juga dengan album Papi Juancho yang mengandungi 24 buah lagu. Tidak lengkap sekiranya irama reggaeton tanpa trap beat yang pastinya membuatkan pendengar berasa ingin menggoyangkan badan mengikut rentak.

Sebilangan susunan muzik kedengaran sama dengan album terdahulu mungkin sebabkan konsep serupa iaitu reggaeton. Namun, bagi memberikan keseimbangan irama balada turut diselitkan di sebalik trek rancak.

Kebanyakan liriknya menceritakan marak asmara seorang lelaki yang begitu memuja wanita idamannya.

Tidak keseorangan, Papi Juancho turut menyaksikan gandingan Maluma bersama beberapa penyanyi iaitu Randy, Yandel, Yomo, Lenny Tavarez, Justin Quiles, Myke Towers, Nengo Flow, Jory Boy, Nejo & Dalmata dan Darell.

Biarpun album tersebut kelihatan menyakinkan pendengar, namun impaknya tidak serupa album tahun lalu iaitu 11:11.

Tidak tahu dimana silapnya, magis yang dimiliki Maluma sebelum ini kelihatan pudar auranya, namun secara keseluruhan karya berkenaan masih sebuah taruhan yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI