fbpx

Langgar orang, Seulong rayu ringankan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEULONG

PENYANYI kumpulan 2AM, Im Seulong berdepan pendakwaan berikutan kes melanggar seorang pejalan kaki sehingga menyebabkan kehilangan nyawa pada 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun pihak pendakwa raya mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi yang juga pelakon itu telah pun menyelesaikan kes tersebut secara baik dengan keluarga si mati selepas membayar denda.

“Jumlah penalti yang dikenakan ke atas Seulong tidak dapat didedahkan kepada umum. Dia juga telah menyelesaikan kes ini dengan keluarga si mati secara baik,” kata peguambela itu seperti dilaporkan portal Hankyung.

Pihak pembelaan memohon kepada mahkamah untuk tidak meneruskan perbicaraan jenayah ke atas Seulong kerana menganggap kejadian tersebut tidak disengajakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI