fbpx

Kane ledak gol ke-200 bersama Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berjaya membuka tirai gol ketika Spurs mencetak kemenangan 3-1 ke atas Ludogorets pada aksi awal pagi semalam. – AFP

RAZGRAD, Bulgaria – Meskipun meledak gol ke-200 buat Tottenham Hotspur, Harry Kane tetap tenang selepas membantu kelabnya itu meraih kemenangan 3-1 dalam saingan Liga Europa ke atas Ludogorets semalam.

Pada perlawanan tersebut, Kane membuka jaringan awal buat pasukannya apabila berjaya menanduk masuk hantaran Lucas Moura pada minit ke-13 sekaligus merekodkan gol yang ke-200 untuk Spurs dalam 300 penampilan bagi semua pertan­dingan.

Moura menambah derita Ludogorets selepas menjaringkan gol pada minit ke-32 sebelum Ludogorets berjaya meraih gol pada minit ke-50 menerusi Claudiu Keseru manakala gol ketiga Spurs disempurnakan oleh Giovani Lo Celso.

“Saya tidak terfikir untuk menjadi penjaring terbaik dalam pasukan ini. Saya hanya sedar berjaya meledak gol ke-200 selepas ada seseorang bertanyakan soalan kepada saya.

“Bagi saya ini merupakan pencapaian yang hebat dan sukar untuk berada sehingga ke tahap ini. Masa berlalu begitu pantas, rasanya seperti semalam saya menjaringkan gol pertama untuk Spurs.

“Ini adalah pencapaian yang hebat untuk mencapai 200 gol, tetapi sudah pasti saya ingin menjaringkan gol lagi selepas ini. Saya akan berusaha untuk membantu pasukan ini,” katanya.

Spurs mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Royal Antwerp dalam aksi Liga Europa sebelum ini dan Kane berkata ia amat penting kembali meraih kemenangan dalam pertandingan ini.

“Kami perlu bangkit. Saya tidak berasakan ia adalah persembahan terbaik kami tetapi kami memenangi perlawanan ini. Bukan mudah beraksi di Eropah, ia telah berlaku kepada kami minggu lalu,” kata Kane.

Untuk rekod, Kane telah menjaringkan 121 gol menerusi kaki kanan, 44 menggunakan kaki kiri dan menanduk 34 kali, dengan 177 hadir dalam kotak penalti sementara 23 daripada luar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI