fbpx

Kakitangan Jabatan Penerangan maut berkonvoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zoraimi bergambar kenangan bersama rakan konvoi motosikal berkuasa tingginya sebelum maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh berhampiran Bukit Jemalang dekat Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang Juru Audio Visual Jabatan Penerangan Kemaman yang sedang menyertai konvoi bermotosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh berhampiran Bukit Jemalang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Zoraimi Izam, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan setelah motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Z800 dinaikinya bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Zoraimi sedang berkonvoi motosikal berkuasa tinggi menghala ke Cheneh dekat sini.

“Motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 ditunggangi mangsa telah terasing daripada rakan-rakan konvoinya sebelum secara tiba-tiba hilang kawalan apabila melalui lokasi kejadian yang berselekoh tajam.

“Ia terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh hadapan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Zoraimi tercampak ke bahu jalan manakala motosikal berkuasa tingginya terbakar.

Menurut beliau, pemandu lori membawa muatan kelapa sawit berusia 54 tahun pula mengalami kecederaan ringan namun sempat menyelamatkan diri dari lorinya yang turut terbakar di bahagian hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI