fbpx

DPIA mahu dana RM4.6 bilion diagih sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dana sebanyak RM4.6 bilon yang diperuntukan dalam Belanjawan 2021 untuk memperkasakan golongan usahawan harus diagih sama rata.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya tidak mahu hanya kelompok tertentu menerima manfaat dana tersebut.

“DPIA menyokong Belanjawan 2021 dan mahu usaha memperkasakan perniagaan golongan bumiputera dibuat secara holistik di seluruh negara.

“Usaha murni kerajaan mengangkat golongan Bumiputera tidak boleh dimonopoli golongan tertentu, sebaliknya perlu sampai kepada kumpulan sasar secara menyeluruh.

“Ramai usahawan berdepan risiko gulung tikar, jadi peruntukan ini diharap dapat menyelamat kumpulan peniaga ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sohaimi berkata, agensi pelaksana yang menguruskan dana RM510 juta bagi pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus mengurangkan birokrasi dalam agihan kepada peniaga.

Menurut beliau, agensi terbabit harus memudahkan urusan permohonan oleh pemohon untuk menerima dana berkenaan.

Kata beliau, agensi pelaksana tidak perlu merumitkan urusan permohonan memandangkan ramai pemohon memerlukan suntikan modal dalam kadar segera.

“Kita mahu urusan yang cekap dan pantas untuk agihan secara telus kerana masih ramai golongan peniaga yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

Beliau turut mencadangkan laman sesawang khas untuk rujukan umum bagi melancarkan hubungan dua hala antara pemohon dan agensi pelaksana diwujudkan.

“Kita mahu ada satu platform khas untuk pemohon membuat rujukan secara efisyen dan melancarkan komunikasi dengan pemohon,” katanya.

Selain itu, beliau menyambut baik peruntukan RM100 juta kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menggerakkan aktiviti mereka.

“Menerusi peruntukan ini NGO dapat menggerakan aktiviti sosial seperti membantu golongan miskin bandar dan pemuliharaan alam sekitar,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI