fbpx

Bank mampu laksanakan lanjutan moratorium secara bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pihak perbankan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan lanjutan moratorium secara bersasar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada masalah bagi pihak perbankan melaksanakan kecairan dalam sistem kerana ia boleh mendatangkan kerugian jika disimpan dalam keadaan perniagaan semakin jatuh.

“Dalam perbincangan baru-baru ini, pihak perbankan menerusi Bank Negara Malaysia bersetuju untuk lanjutan moratorium secara bersasar kepada mereka yang memerlukan.

“Sehubungan itu, lebih baik pihak bank sokong perniagaan dengan memberikan lanjutan moratorium secara bersasar supaya perniagaan mampu berdiri sekali gus peminjam mampu bayar semula hutang mereka kepada bank, ” katanya dalam temu bual bicara Belanjawan 2021 hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI