fbpx

Arab Saudi kekal anjur F1 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz Turki (tengah) dan Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Saudi, Khalid Sultan Al-Faisal (kana) menghadiri sesi sidang akhbar pengumuman penganjuran saingan F1 di Arab Saudi bermula musim depan di Jeddah kelmarin. – AFP

LONDON – Meskipun dunia dilanda Covid-19, Arab Saudi tidak berdepan masalah untuk kekal dengan hasrat mereka menganjurkan perlumbaan For­mula Satu (F1) tahun depan dan lebih menarik saingan itu dianjurkan pada waktu malam.

Perlumbaan itu akan dianjurkan di litar jalanan di sekitar bandar raya Jeddah menghadap Laut Merah.

Arab Saudi akan berada dalam kalendar F1 musim 2021 buat kali pertama untuk menjadi sebahagian daripada sejarah 23 perlumbaan semusim, sekali gus meningkatkan kembali kemeriahan saingan itu selepas tahun ini ia dipendekkan akibat pandemik Covid-19.

“Arab Saudi merupakan sebuah negara yang bersedia untuk menjadi destinasi bagi acara sukan dan hiburan. Sejak beberapa tahun yang lalu, ba­nyak acara sukan berlangsung di sana.

“Kami sangat gembira untuk melihat perlumbaan F1 akan diadakan di sana mulai musim depan. Sudah pasti ia akan menjadi detik sejarah untuk melihat perlumbaan F1 berlangsung di Jeddah,” kata Pengerusi F1, Chase Carey dalam satu kenyataan.

Arab Saudi menjadi semakin terkenal di pentas sukan permotoran apabila turut menjadi tuan rumah menganjurkan perlumbaan Rali Dakar pada bulan Januari nanti sementara dua perlumbaan siri Formula E pada bulan Februari.

Difahamkan, Arab Saudi te­lah menandatangani kontrak bagi tempoh 10 tahun sehingga 2031 bagi penganjuran perlumbaan F1. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI