fbpx

Tayangan Mencari Rahmat tangguh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Mencari Rahmat ditunda tayangan akibat penutupan operasi pawagam.

KUALA LUMPUR – Filem mencari Rahmat yang dijadualkan memasuki pawagam seluruh negara pada 31 Disember depan terpaksa ditunda ke satu tarikh lain atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Menurut penerbitnya, Zuli Ismail, penundaan tayangan filem berkenaan terpaksa dibuat berikutan pihak pawagam membuat keputusan untuk menutup sementara panggung wayang bermula 2 November lalu sehingga satu tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.

“Sebagai penerbit saya ingin nyatakan bahawa tarikh tayangan filem Mencari Rahmat yang dijadualkan pada 31 Disember ini terpaksa ditunda berikutan penutupan sementara operasi pawagam.

“Kami juga telah menerima surat daripada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang memaklumkan tarikh tayangan filem ini akan dijadualkan semula,” jelasnya dalam satu kenyataan.

FILEM Mencari Rahmat membariskan pelakon berkaliber seperti Nam Ron dan Amerul Affendi.

Sementara itu, Zuli berkata setakat ini tarikh baharu tayangan masih belum diputuskan dan pihaknya akan berbincang dengan lebih lanjut agar tarikh baharu dapat ditetapkan semula.

“Saya percaya ramai yang menantikan tayangan filem ini. Namun ini adalah satu perkara yang tidak dapat kami elakkan sama sekali berdasarkan situasi yang berlaku sekarang.

“Sudah tentu kami berharap penonton dapat bersabar sehingga filem ini akan ditayangkan di pawagam,” katanya lagi.

Ini merupakan penundaan kali kedua tayangan Mencari Rahmat yang sepatutnya ditayangkan pada 18 Jun lalu. Namun terpaksa ditangguh berikutan pandemik Covid-19.

Mencari Rahmat membariskan pelakon hebat antaranya Nam Ron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Fauziah Nawi, dan Sharifah Amani itu diarahkan oleh Al Jafree Md. Yusop. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI