fbpx

Pirlo rengsa lagak Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA berjaya meledak dua gol ketika membantu Juventus menundukkan Ferencvaros 4-1 awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menuduh para pemainnya terlalu ego dan mudah berasa selesa biarpun berjaya membenam cabaran Ferencvaros 4-1 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Penyerang pinjaman, Alvaro Morata terus mempamerkan aksi cemerlang dengan meledak dua gol, manakala Paulo Dybala turut mencatat nama sebagai penja­ring sementara satu lagi gol adalah jaringan sendiri pemain tuan rumah.

Bagaimanapun, Ferencvaros berjaya meraih gol saguhati pada minit ke-90 menerusi Franck Boli selepas benteng Juventus gagal mengeluarkan bola dalam situasi bahaya dengan baik sekali gus meleburkan rekod tanpa bolos kali keempat berturut-turut.

“Kami berpuas hati dengan keputusan ini tetapi kami sepatutnya mampu beraksi dengan lebih baik. Kami melakukan ba­nyak kesilapan dan ia perlu diperbetulkan.

“Saya banyak bercakap de­ngan pemain tetapi pada akhir­nya mereka yang akan menentukannya di padang.

“Kami sepatutnya lebih me­rendah diri dan tidak terlalu ego serta membunuh perlawanan ini lebih awal.

“Kami tidak sepatutnya juga bermain sambil lewa pada peng­hujung perlawanan biarpun sudah mendahului de­ngan selesa sehingga memberi peluang mereka menjaringkan gol,” katanya.

Dalam pada itu, Pirlo turut me­ngakui bahawa Juventus berdepan masalah untuk mempelbagaikan taktikal kerana berdepan masalah kecergasan dan kecederaan pemainnya.

“Kami bermain de­ngan dua penyerang serta dua pemain sayap ketika ini. Apabila semua pemain berada pada tahap kecergasan terbaik, kami akan menilai taktikal yang perlu digunakan.

“Setakat ini tidak semua pemain berada dalam keadaan 100 peratus cergas, jadi adalah satu perkara biasa jika kami menggunakan sistem penggiliran dan akan ada pemain yang terpaksa direhatkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI