fbpx

Misi 4G’S empat vokalis terus mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACK (dari kiri), Akim, Hazama dan Tomok kini giat menjalani latihan sebagai persiapan menjelang Konsert 4G’S pada 11 dan 12 Disember nanti.

LAPAN bulan tertunda akibat penularan wabak Covid-19, Konsert 4G’s yang menggabungkan barisan empat vokalis hebat Black Hanafiah, Hazama, Tomok dan Akim pantang menyerah sebelum kalah. Biar ada halang melintang, kini misi diteruskan untuk menggegarkan panggung Istana Budaya pada 11 Disember depan.

Konsert 4G’s bertemakan Gabungan Melodi Terindah menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi terhadap pertumbuhan empat penyanyi itu sehingga kini.

Barisan empat penyanyi itu juga boleh disifatkan sebagai ‘quartet’ terhebat yang pertama kali digabungkan dalam sebuah sebuah konsert di Malaysia, khususnya Istana Budaya.

Secara tidak langsung, konsert berskala mega tersebut dijangka menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan Black, Tomok, Hazama dan Akin selaku penyanyi solo selain berpadu suara dalam setiap dendangan.

Dengan kata lain, mereka akan ‘dilahirkan’ sebagai sebuah grup daripada generasi masa lalu dan generasi masa kini.

‘PENDEKAR’ empat sekawan, Tomok, Akim, Hazama dan Black akan beraksi di Istana Budaya menerusi Konsert 4G’S pada Disember ini.

“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis.

“Cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam ‘quartet’ dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi.

“Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” kata wakil Belbis Sdn. Bhd. selaku penerbit dan penganjur konsert.

Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti dan M. Nasir Sang Pencinta, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim untuk dua malam persembahan akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri.

“Untuk konsert nanti, kami hanya perlu memenuhkan 450 tempat duduk dalam Istana Budaya untuk setiap malam, dua malam persembahan dan berkemungkinan akan ditambah kepada satu malam lagi.

“Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan perlu mengikuti SOP ketat yang telah ditetapkan,” tambah wakil penganjur itu lagi.

Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini tidak sabar lagi mahu merealisasikan konsert tersebut setelah sekian lama tergendala.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara penyanyi lelaki dalam industri muzik tempatan itu juga dijangka akan dilancarkan pada awal Disember ini.

Sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) juga diharap mampu melancarkan perjalanan konsert.

 

 

Bermula 15 Oktober 2020 peminat peminat Konsert 4G’s boleh mendapatkan tiket melalui airasiaredtix.com.

Semua peminat yang telah membeli tiket sebelum ini akan mendapat e-tiket yang baharu. Tiket dihantar melaui e-mel masing-masing bermula hujung bulan Oktober lalu. Tiket-tiket tersebut akan mengikut hari yang telah dibeli sebelum ini untuk tarikh baru iaitu 11 dan 12 Disember.

Sebarang informasi atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar mesej langsung (DM) ke Instagram @konsert4gs atau @belbisproductions.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI