fbpx

Lelaki Bangladesh didakwa cederakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang merupakan warga tempatan bulan lalu.

Bagaimanapun Rakibur Rahman ,38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya  di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan Rakibur yang bekerja membaiki telefon bimbit itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera isterinya yang juga pengawal keselamatan berusia 46 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Idaman, Batu Caves di sini pukul 7 malam pada 5 Oktober lalu.

Berikutan itu pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan dia juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Hukuman itu memperuntukkan penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh merupakan warga asing.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI