fbpx

Kedai papan dibina tahun 40-an musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sederet bangunan kedai kayu dua tingkat berusia kira-kira 80 tahun musnah dalam kejadian kebakaran di Pekan Benta di Lipis Pahang semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LIPIS – Sederet bangunan kayu dua tingkat yang berusia kira-kira 80 tahun musnah dalam kejadian kebakaran di Pekan Benta malam semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, kejadian kira-kira pukul 7.40 petang itu memusnahkan lima pintu rumah kedai yang dibina pada tahun 40-an.

“Kebakaran melibatkan FT Mini Market dam Alex Mini Market masing-masing mempunyai dua pintu dan dan sebuah kedai perkakasan.

“Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 90 peratus dan tiada kemalangan jiwa dan tiada mangsa terlibat,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Shahrul Nizam berkata tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis dan Balai Bomba Raub bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 8 malam.

Katanya, bomba menggunakan enam pancutan air daripada tiga jentera bagi memadamkan kebakaran.

Ujarnya, pada masa ini pihak bomba masih melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian dan jumlah kerugian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI