fbpx

Seorang kakitangan MBS positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya positif jangkitan wabak Covid-19.

Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin berkata, sehubungan itu, atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, seramai 262 orang kakitangan daripada beberapa jabatan telah diarah melaksanakan kuarantin selama 14 hari di rumah.

“Seramai 262 kakitangan terlibat dan diarahkan kuarantin selama 14 hari bermula 5 sehingga 18 November 2020.

“Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan dan Unit Letak Kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu juga, katanya, kakitangan terlibat perlu patuh kepada semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sentiasa berada di rumah dalam tempoh kuarantin selain memastikan mereka sentiasa boleh dihubungi.

Dalam pada itu, menurut Zazali, premis MBS akan beroperasi seperti biasa namun demi keutamaan keselamatan warga bandar raya Seremban dan pelanggan MBS, talian aduan MBS adalah ditutup buat sementara waktu.

“Dalam tempoh penutupan iaitu 5 sehingga 18 November 2020, aduan boleh dilakukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS, mbseremban.spab.gov.my dan aplikasi Respons Rakyat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI