fbpx

JKM cari waris bayi dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKM sedang mengesan waris Puteri Eisha (gambar) yang ditinggalkan dalam kotak di sebuah rumah di Petaling Jaya, Ogos lalu.

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris seorang bayi perempuan yang ditemukan dalam kotak di hadapan sebuah rumah di sekitar Petaling Jaya, tiga bulan lalu.

Bayi berusia dua bulan dikenali sebagai Puteri Eisha Mia Helena itu ditemukan kira-kira pukul 12 tengahari, 25 Ogos lalu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan

Jurucakap JKM Daerah Petaling berkata, ketika ditemukan bayi itu berpakaian warna merah jambu selain turut memakai sarung tangan dan kaki serta dibalut dengan kain putih.

“Bayi itu berada di dalam sebuah kotak berwarna coklat dan bersaiz segi empat di hadapan rumah seorang penduduk

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Tambah jurucakap itu, bayi tersebut kemudian dirujuk kepada pejabat JKM Daerah Petaling berikutan tiada dokumen kelahiran.

“Puteri Eisha dibawa Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan tindakan selanjutnya.

“Bayi itu kini ditempatkan sementara oleh penjaga yang dilantik Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya selama sebulan,” katanya.

Justeru, JKM meminta waris termasuk ibu kandung bayi tersebut segera tampil bagi urusan hal penempatan dan penjagaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-7842 2584/03-7842 2587 atau 019-2227471,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI