fbpx

JDT tetap waspada ancaman Kuching FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL (kanan) mengakui pasukannya perlu berwaspada dengan aksi Kuching FA memandangkan mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mahu terlalu yakin apabila menerima kunjungan pendatang baharu saingan Piala Malaysia, Kuching FA dalam perlawanan pertama mereka di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini.

Menurut pengendalinya, Benjamin Mora, pasukannya akan memberi komitmen sama untuk setiap perlawanan dihadapi mereka tanpa mengira siapa saingannya.

“Setiap perlawanan yang diharungi adalah sukar tanpa mengira sama ada pasukan itu kuat atau tidak.

“Kami akan tetap berwaspada dan memberi persembahan terbaik bagi memastikan matlamat ditetapkan berjaya dicapai, iaitu kemenangan,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak menganggap lawan mereka mampu menjadi duri dalam daging kerana mereka belum pernah berdepan Ku­ching FA sekali gus menyukarkan pemain untuk membaca corak perlawanan skuad kendalian Akira Higashiyama itu.

Tegas Aidil, pasukannya tidak berada di laluan mudah kerana sebagai pemain mereka tidak pernah memandang rendah terhadap keupayaan lawan.

“Undian sudah pun dibuat dan kalau kita tengok penca­paian di atas kertas, memang nampak laluan mudah untuk JDT tetapi dalam bola sepak, kami tidak boleh pandang rendah kepada mana-mana pasukan sekarang.

“Bagi saya, semua pasukan ada kekuatan masing-masing, dan saya rasa ia juga mencabar untuk JDT kerana kami tidak tahu apa kelemahan dan kekuatan pasukan Kuching FA sebab kita tidak pernah bertemu dalam saingan liga.

“Jadi, tidak mustahil, Ku­ching FA boleh memberi kejutan yang kita tidak jangka dan apa-apa pun, kami tidak boleh leka dan perlu memberikan sepenuh komitmen untuk memburu kemenangan, malam esok (ini).

“Dengan kualiti pemain yang kami ada ketika ini, kami harus bekerja keras untuk cuba mengekalkan trofi Piala Malaysia pada musim ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI