fbpx

Ibu sangka anak mati kerana demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINI (kanan) dan Ismail (tiga dari kiri) mengaminkan doa sewaktu diziarahi Hanafiah (dua dari kiri) di rumah keluarga mereka di Kampung Beladau Kepong di sini hari.

KUALA TERENGGANU – Ibu Siti Nur Surya Ismail masih tidak mengetahui anaknya meninggal dunia akibat dibunuh rakan baik­nya pada Ahad lalu.

Bapa mangsa, Ismail Muda, 58, dia tidak sampai hati untuk memaklumkan perkara sebenar berikutan keadaan kesihatan isterinya, Zaini Musa, 55, yang merosot akibat kanser otak.

“Dia masih belum memahami anak kami sudah meninggal du­nia walaupun telah dimaklumkan pada Isnin lalu.

“Saya beritahu arwah meninggal dunia kerana demam. Namun, sampai hari ini, dia masih berta­nyakan dan mencari kakak (Siti Nur Surya),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beladau Kepong di sini semalam.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menziarahi Ismail.

Bercerita lanjut, Ismail berkata, remaja yang ditahan berhubung kes pembunuhan anak­nya dipercayai menggunakan wang mang­sa yang dicuri untuk membayar hutang.

Perkara itu dimaklumkan polis selepas Ismail dipanggil untuk membuat pengecaman kelmarin.

“Saya dimaklumkan individu yang menerima duit itu memulangkan semula kepada polis selepas berita kematian anak saya dan penahanan suspek tersebar.

“Tidak pasti jumlahnya (wang) kerana ada banyak wang kertas termasuk RM1, mungkin hampir RM400,” katanya

Dalam pada itu, Ismail menafikan dakwaan kononnya gelang emas arwah dilarikan suspek yang berusia 19 tahun dalam kejadian pada Ahad lalu kerana anak kelima daripada tujuh beradik itu tidak memakai bara­ngan kemas.

“Arwah tidak suka memakai barang kemas. Saya merayu kepada netizen supaya tidak menyebarkan perkara tidak sahih dalam media sosial.

“Macam-macam perkara tidak sahih disebarkan sehingga mengganggu emosi ahli keluarga saya terutama anak bongsu (Nur Liyana Syuhada, 15) yang masih murung sehingga hari ini,” katanya.

Ismail memberitahu, dia bagaimanapun tidak menaruh dendam terhadap keluarga suspek kerana jenayah itu tidak me­libatkan ahli keluarganya.

Dalam perkembangan sama, Ismail memberitahu, isterinya mengenali suspek yang merupakan rakan baik arwah sejak di bangku sekolah dan sering da­tang ke rumahnya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta memberi kaunseling kepada keluarga Siti Nur Surya dan keluarga suspek yang turut menerima tempias kes itu.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui berlumuran darah de­ngan pergelangan tangan kiri­nya putus oleh adiknya di ruang tamu rumah selepas pulang dari sekolah.

Suspek yang juga rakan baik mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI