fbpx

Belanjawan 2021: Pembentangan lewat 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembentangan belanjawan 2021 lewat dari waktu dijadualkan.

PETALING JAYA – Pembentangan belanjawan 2021 lewat 20 minit daripada masa yang dijadualkan susulan Ahli Parlimen Port Dickson meminta pertimbangan semua Ahli Parlimen dibenarkan memasuki dewan rakyat.

Selepas hampir 15 minit perbincangan dilakukan, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan kesemua 222 ahli parlimen memasuki dewan bagi mendengar pembentangan tersebut.

Semalam, Azhar Azizan memberitahu hanya 80 Ahli Parlimen yang dibenarkan berada di Dewan Rakyat pada satu-satu masa sepanjang tempoh persidangan sesi kali ini termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 .

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI