PETALING JAYA – Kira-kira 100,000 petugas kesihatan akan menerima bayaran ‘one off’ sebanyak RM500 bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bantuan tambahan kepada Elaun Khas Covid-19 sebanyak RM600 sebulan yang diberikan sejak Mac lalu.
Selain itu, katanya, bagi tahun hadapan, sebanyak RM1 bilion lagi akan diperuntukkan untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.
“Kerajaan juga bercadang mengemukakan pindaan Jadual Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) kepada Dewan yang mulia ini untuk menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak 20 bilion ringgit kepada 65 bilion ringgit,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE