fbpx

Belanjawan 2021: Pembangunan usahawan masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) akan menyediakan RM20 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada itu kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk pembangunan usahawan komuniti lain.

“Dalam pada itu, nilai geran Kawasan Rukun Tetangga atau KRT ditingkatkkan kepada RM6,000 setiap satu.

“Selain itu, RM50 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, merangkumi pelaksanaan program perpaduan,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI