PETALING JAYA – Kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, syarikat milik kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak 150 juta ringgit ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba tersebut.
“Dalam norma baru ini, pembelajaran secara online telah menjadi satu amalan.
“Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE