fbpx

Belanjawan 2021: KDN terima RM17 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri masing-masing diperuntukkan RM16 bilion dan RM17 bilion dalam Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan berkenaan diumumkan sebagai langkah kedua-dua pasukan keselamatan itu memperkuat sistem pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Katanya kerajaan amat mengambil berat isu berkaitan kedaulatan negara sehingga melaksanakan Operasi Benteng bagi memastikan kawasan sempadan negara sentiasa dikawal dan tidak dibolosi.

“Kerajaan juga memperuntukkan penyelenggaraan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan ditingkatkan kepada RM2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini.

“Bagi terus menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), RM500 juta akan diperuntukkan untuk pembinaan hampir 1,000 unit baharu RKAT,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, sebanyak RM153 juta akan diperuntukkan untuk mengukuh peranan RELA, termasuk menaik taraf kemudahan pusat latihan RELA. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI