fbpx

Belanjawan 2021: Jangan pertikai bantuan penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap tiada pihak yang mempertikaikan segala bantuan atau manfaat yang diterima oleh penjawat awam melalui Belanjawan 2021.

Sambil menyifatkan Belanjawan 2021 sebagai belanjawan peduli rakyat, Presidennya, Adnan Mat berkata, belanjawan ini juga banyak memberi manfaat kepada penjawat awam terutama mereka yang terdiri daripada isi rumah yang perlu dibantu.

“Harus diingatkan bahawa tidak semua penjawat awam yang berpendapatan tinggi malah ada dalam kalangan mereka mempunyai pasangan yang turut terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Fokus kerajaan terhadap golongan isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah ini perlu dipuji kerana mereka antara rakyat yang paling terkesan ekoran pandemik Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, fokus untuk memperkasakan sistem perkhidmatan awam dan kebajikan tetap dialu-alukan meskipun tiada pengumuman kenaikan gaji atau bonus tambahan kepada kakitangan awam.

“Lebih istimewa apabila petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) diberikan pemberian one-off RM500.

“Bagaimanapun CUEPACS melihat konteks petugas barisan hadapan itu harus diperluaskan lagi kepada beberapa jabatan lain seperti anggota polis atau tentera dan tidak hanya tertumpu kepada petugas KKM sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, CUEPACS berharap kerajaan boleh membuat lantikan tetap kepada semua kekosongan yang diberikan terutama di sektor-sektor yang kritikal seperti sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sosial.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI