fbpx

Belanjawan 2021: Cukai pendapatan diturunkan satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar cukai pendapatan akan diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai RM50,000 hingga RM70,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penurunan itu dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

“Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

“Ia dijangka akan memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021, di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata turut memaklumkan bahawa, had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000.

“Ia merupakan tambahan sebanyak RM500 yang dikhususkan bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan.

“Skop pelepasan ini juga diluaskan untuk meliputi langganan surat khabar elektronik,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI