PETALING JAYA – Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar Bantuan OKU tidak berupaya bekerja kepada RM300.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga bersetuju kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500.
“Selain itu, kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini. – K! ONLINE