PETALING JAYA – kerajaan memperuntukkan RM75 juta untuk program eBelia untuk mempromosikan gaya hidup tanpa tunai.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui langkah itu kerajaan akan memberikan kredit eWallet RM50 untuk belia yang layak.
“Program eBelia akan memberi manfaat kepada 1.5 juta rakyat Malaysia.
“Berbeza dengan program eTunai Rakyat dan ePenjana sebelum ini, kredit eWallet bernilai RM50 ini hanya diberikan kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE