fbpx

Anak maut, bapa parah motosikal dilanggar Toyota Vios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang meragut nyawa Nur Syafiqah di Jalan Besar, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia manakala bapanya parah selepas motosikal mereka dirempuh Toyota Vios dalam kemalangan di Jalan Besar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Nur Syafiah Munirah disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Manakala bapanya, Zulnawarin Sarman, 49, patah kedua-dua belah paha dan pergelangan tangan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah bulatan Batu Pahat menghala ke Jalan Besar manakala pemandu Toyota Vios dari arah Jalan Besar membelok ke kanan menghala ke Jalan Tasik.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta berusia 20 tahun disyaki telah langgar bahagian kanan motosikal berkenaan.

“Akibat dari perlanggaran tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Kluang namun pada 1.45 petang pembonceng disahkan meninggal dunia di Hospital Kluang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kenderaan terbabit ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

“Saringan ujian air kencing telah dijalankan ke atas pemandu Toyota Vios dan negatif namun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI