fbpx

Zurkurnan dipilih Tokoh Maulidur Rasul AADK Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUKURNAIN Yusoff bersama sijil Anugerah Tokoh Maulidur Rasul AADK yang diterimanya hari ini.

PASIR PUTEH – Guru Data dan Maklumat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai di sini dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Pasir Puteh di Dewan SMK Kamil di sini hari ini.

Selain kerjaya sebagai guru, Zurkurnan Yusoff, 52, yang juga penerima Anugerah Khas Guru Unggul Pemangkin Kejayaan Anak Bangsa tahun lalu juga merupakan seorang aktivis anti dadah di negeri ini.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, guru berkenaan sering berkoban masa dan tenaganya untuk bersama AADK mengekang kes penagihan dadah di negeri ini.

Menurutnya, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah yang aktif membimbing Orang Kena Pengawasan (OKP) untuk kembali ke pangkal jalan.

“Tokoh ini tidak hanya mengadakan ceramah dalam daerah malah pernah terlibat dalam program kesedaran anti dadah di Indonesia.

“Banyak sumbangan idea dan kreativitinya diterima dan diaplikasikan dalam Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD),”katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan majlis Maulidur Rasul anjuran bersama AADK negeri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Skuad Anti Dadah Daerah Pasir Puteh.

Hadir sama, Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang dan Penolong Ketua Jajahan Pasir Puteh, Muhammad Fareez Rosli.

Dalam majlis itu Seramai 49 OKP dan 50 wakil Jabatan kerajaan hadir berselawat dan mendengar tazkirah dari Da’i Nasrul Zamry.

Mengulas lanjut, Rohayu berkata, AADK masih memerlukan lebih ramai sukarelawan seperti guru berkenaan yang bukan sahaja menjadi teladan umum tetapi tampil sebagai perawat penyakit sosial dalam komuniti.

Sementara itu, Zurkurnan ketika ditemui berkata, anugerah yang diberikan oleh AADK terus membakar semangat untuk meneruskan kerja amal membanteras kes penagihan dadah.

“Kerja sukarela ini saya lakukan demi tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Bukan setakat memberi ceramah malah berusaha membantu pelajar berhenti merokok, membantu ujian urin dan merawat pelajar yang menagih dadah,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI