fbpx

Ular tedung ditangkap ketika sedang baham biawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular tedung selar seberat 15 kilogram berjaya ditangkap oleh anggota APM Machang di Kampung Belukar semalam.

MACHANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Machang menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lima meter di dalam tandas asrama pelajar di Kampung Belukar di sini semalam.

Reptilia seberat 15 kilogram itu ditangkap ketika sedang leka membaham seekor biawak.

Pegawai APM Machang, Leftenan Mohd. Razman Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.45 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap reptilia itu.

“Apabila tiba di lokasi, anggota APM telah membuat pemeriksaan dan menemui seekor ular tedung selar.

“Hasil kecekapan anggota, kita berjaya menangkap ular tersebut sebelum ia dibawa pulang ke pejabat APM Machang untuk tindakan lanjut,” katanya. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI