fbpx

Seorang kakitangan pejabat Menteri Besar Perak positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak didapati positif Covid-19 selepas menjalani saringan kesihatan.

Berikutan itu, operasi pejabat berkenaan ditutup bermula hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini, proses sanitasi akan dijalankan di pejabat berkenaan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Perak kini menjalankan saringan kontak rapat kakitangan tersebut, pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah serta memantau tahap kesihatan masing-masing sehingga arahan selanjutnya.

“Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat dalam tempoh ini kerana menghadiri sidang Parlimen.

“Bagaimanapun di atas faktor keselamatan, Menteri Besar telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan keputusan disahkan negatif Covid-19,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, penutupan hanya membabitkan Pejabat Menteri Besar sahaja, manakala jabatan lain akan kembali beroperasi seperti biasa selepas proses sanitasi selesai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI