fbpx

PKPB Mukim Parit Buntar bermula Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim Parit Buntar, Perak berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 3 November lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan sebanyak 12 kes positif Covid-19 direkodkan.

Menurutnya, penilaian risiko oleh KKM pula menunjukkan trend peningkatan kes Covid-19 terus berlaku di mukim tersebut.

“Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPB di Mukim Parit Buntar, Perak berkuat kuasa 7 hingga 20 November 2020.

“PKPB ini akan melibatkan seramai 45,359 orang penduduk dengan jumlah 7,847 unit rumah. Pelaksanaan PKPB ini juga bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di mukim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI