fbpx

Peruntukan pembangunan kawasan Orang Asli dalam Bajet 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman Gua Musang masih menggunakan jalan balak.

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di daerah ini mengharapkan peruntukan pembangunan infrastruktur di kampung mereka dalam Bajet 2021 yang akan dibentangkan esok.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, sebahagian besar daripada 16,575 penduduk Orang Asli di negeri ini masih hidup terpinggir dan ketinggalan dalam menikmati kemudahan asas berbanding kaum itu di negeri lain.

Katanya, masalah yang lebih utama dihadapi kaum Orang Asli di pedalaman ialah perhubungan jalan raya, air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan masalah talian telekomunikasi.

“Saya mengakui daripada 118 kampung Orang asli di sekitar 10 pos di pedalaman di negeri ini hanya 30 peratus sahaja menikmati kemudahan seumpama itu.

“Kita sudah berada di penghujung tahun 2020, tetapi masalah itu menyebabkan jurang kemudahan amat jauh berbanding penduduk kawasan bandar,” katanya.

Bidi berkata, masyarakat Orang Asli harus diberikan perhatian dan lebih peluang dalam belanjawan kali ini.

Katanya, mereka berharap kerajaan dapat membantu mereka di kawasan pedalaman yang tidak mendapat kemudahan asas sepenuhnya sejak dahulu lagi.

“Antara jalan yang paling teruk dan perlu dinaik taraf ialah penduduk yang masih menggunakan jalan balak di Pos Pasik, Pos Gob, Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Simpor.

“Penduduk di kawasan berkenaan sering bermasalah terutamanya ketika musim tengkujuh apabila terpaksa mengharungi jalan balak yang berselut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Hendrop, Kamal Rami berkata, kerajaan hari ini harus memberi fokus kebajikan masyarakat pelbagai kaum walaupun negara sedang berdepan ancaman wabak Covid-19.

Katanya, selain bantuan kesihatan, pembinaan dan naik taraf jalan perhubungan yang dirancang sejak kerajaan Barisan Nasional harus dilaksanakan bagi memberi kemudahan terhadap masyarakat Orang Asli dalam urusan harian mereka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI