fbpx

Pemandu treler putus kaki kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna jalan raya lain membantu pemandu treler yang putus kaki kanan sementara menunggu ambulans dalam kejadian di Telok Gong, Klang malam tadi.

KLANG – Seorang lelaki putus kaki kanan apabila treler dipandunya bertembung dengan treler lain di Jalan Telok Gong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, M. Kunasclan yang turut cedera pada kaki kiri telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah treler dipandu mangsa dalam perjalanan ke Telok Gong dari Pelabuhan Utara.

Katanya, kenderaan dipandu mangsa kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan treler lain dipandu lelaki berusia 33 tahun.

“Selepas pertembungan itu, pemandu berusia 33 tahun itu turun dan mendapati mangsa telah berada di atas jalan raya.

“Mangsa yang putus kaki kanan dan cedera di kaki kiri kemudiannya dihantar ke HTAR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, seorang lelaki pemandu treler tersebut hanya cedera ringan dan lebam pada kedua-dua tangannya.

Shamsul Amar menjelaskan, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya dan kes disiasat mengikut Seksyen Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI