fbpx

Pemain remaja perlu bina karisma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBUN (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang pemain remaja yang menyertai 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 di Stadium Juara Bukit Kiara kelmarin.

PENGARAH Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Misbun Sidek mengharapkan pemain remaja pada kejohanan badminton 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 turun dengan prestasi terbaik.

Pada kejohanan yang dija­dualkan sehingga Jumaat ini di Stadium Juara Bukit Kiara, le­genda badminton negara itu berharap 24 pemain yang beraksi pada playoff perlu fokus dalam mempertingkatkan kemampuan diri ketika beraksi di dalam ge­langgang.

“Saya mahuk lihat karisma mereka, sebagai contoh bagaimana dia bergerak, tahap kecergasan serta kawalan bulu tangkis. Bukan itu sahaja, saya mahu lihat kemahiran teknikal serta mencari mata menggunakan corak taktikal tersebut.

“Menang atau kalah tidak mengapa tetapi apa yang pen­ting adalah mereka menunjukkan karisma dan ia akan membantu dalam menentukan apa lagi yang pemain tersebut perlukan untuk terus maju,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Sementara itu, juara Kumpulan B perseorangan lelaki Cabaran Ranking Junior Kebangsaan, Eogene Ewe Eon mahu menumpukan kepada latihan meningkatkan stamina dengan harapan berada dalam keadaan terbaik sepanjang perlawanan untuk memastikan kemenangan.

“Sudah tentu semua pemain dalam kumpulan ini mahukan kemenangan. Pertandingan ini amat bermakna kepada kami kerana dengan ketiadaan kejohanan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pertan­dingan ini memberi ruang untuk kami lihat ada atau tidak kemajuan sepanjang latihan,” katanya.

Seorang lagi pemain, V. Poopathy pula mahu menebus kekecewaan selepas gagal beraksi de­ngan baik pada kejohanan sebelum ini apabila sekadar menduduki tangga kesembilan dengan hanya meraih dua kemenangan dalam sembilan perlawanan.

Pertandingan itu akan berlangsung secara tertutup melibatkan pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia sejak Julai lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI