fbpx

Lelaki warga emas langgar dua anggota polis URB direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERI ISKANDAR – Lelaki warga emas yang merempuh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini semalam direman selama empat hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superitendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, suspek berusia 64 tahun itu direman bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Nik Rosdi berkata, kedua-dua mangsa iaitu masing-masing anggota lelaki dan wanita berusia 32 dan 26 tahun yang cedera ringan akibat kejadian itu kini dilaporkan dalam keadaan baik.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar dan sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, keluarga suspek juga sudah datang ke balai selepas dimaklumkan dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Katanya, polis sedang menunggu laporan ujian darah suspek dan setakat ini semakan daripada rekod hospital mendapati lelaki warga emas itu menghidap kencing manis.

Kosmo! Online semalam melaporkan dua anggota polis URB dari Balai Polis Seri Iskandar dilanggar suspek ketika mahu keluar bertugas.

Suspek sebelum itu memandu sendiri keretanya diiringi anggota polis ke Balai Polis Seri Iskandar selepas terbabit kemalangan pada jam 12.10 tengah hari. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI