fbpx

Lanjut reman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek kes bunuh dan bakar lelaki yang ditemui rentung dalam kenderaan Toyota Harrier dibawa oleh anggota polis untuk di sambung reman di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Tiga suspek kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier di Kota Warisan, 28 Oktober lalu, disambung reman selama enam hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek yang berpakaian lokap disyaki membunuh rakan mereka dilihat dibawa ke pekarangan mahkamah pukul 9.15 pagi.

Kelihatan suspek pertama yang berusia 42 tahun hadir dalam keadaan kaki kiri dan pergelangan kedua-dua tangannya berbalut.

Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman telah membenarkan permohonan polis melanjutkan perintah reman terhadap kesemua suspek sehingga 11 November depan.

Sebelum ini, dua suspek yang berusia 37 dan 42 tahun ditangkap secara berasingan sekitar Lembah Klang pada 29 Oktober lalu dan telah ditahan reman selama seminggu dan tamat pada hari ini.

Suspek ketiga berusia 24 tahun pula ditangkap pada 30 Oktober lalu di Batu Caves, Selangor. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI