fbpx

Kerajaan laksanakan PKPB Mukim Rasau dan Mukim Jimah dikuat kuasa Sabtu ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Rasau, Dungun, Terengganu, dan Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan, berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas nasihat dan penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPB di Mukim Rasau, Dungun, Terengganu dan di Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan berkuat kuasa 7 sehingga 20 November 2020.

“”Prosedur operasi standard PKPB bagi mukim-mukim ini adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang MKN.

“Perincian berkenaan sempadan yang terlibat boleh dirujuk kepada MKN negeri masing-masing,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI