fbpx

Kakitangan hospital cabul pesakit ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pembantu perubatan hospital yang bertindak mencabul pesakit lelaki ditahan di Projek Perumahan Rakyat di Setapak, Kuala Lumpur petang tadi.

Suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan susulan pihak polis menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan pukul 5 petang itu dakwa berkelakuan sedemikian kerana terpengaruh dengan cerita rakan sekerja.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas seluar dalam mangsa dalam milikan suspek.

“Kes disiasat mengiku Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kehadiran seorang pesakit lelaki pada Ahad lalu bagi merawat demam denggi bertukar mimpi ngeri selepas dia menjadi mangsa cabul seorang kakitangan hospital di Jalan Pahang di sini pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang, mangsa berusia 27 tahun itu hadir ke wad kecemasan hospital berkenaan sebelum dibawa suspek untuk menukar pakaian.

Suspek mendakwa pesakit perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum bertemu dengan doktor.

Difahamkan, selesai mengenakan pakaian hospital mangsa dibawa ke satu bilik dan suspek berpura-pura ingin memeriksanya sebelum mengarahkan dia menanggalkan seluar.

Susulan itu, suspek bertindak meraba, mencabul dan memasukkan jari ke dalam dubur mangsa selama beberapa minit selain mengambil gambar seluar dalamnya sebelum kehadiran doktor.

Mangsa pelik dengan tindakan suspek kemudian menceritakan kejadian kepada doktor sebelum membuat laporan berhubung kejadian pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI