fbpx

Jota makin meletup bersama Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) meledak hatrik ketika membantu Liverpool menumbangkan Atalanta 5-0 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

BERGAMO – Aksi terbaik yang dipamerkan oleh Diogo Jota menyebabkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui beliau tidak ‘pening kepala’.

Sebelum ini, Liverpool bergantung harap kepada trio utama di bahagian serangan menerusi Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino ketika mereka merangkul trofi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Firmino tidak disenaraikan ketika mereka mencatat kemenangan 5-0 me­ngatasi Atalanta awal pagi semalam tetapi kelibat Jota nyata memberi kesan besar dengan meledak hatrik pada perlawanan itu.

Bekas pemain Wolverhampton Wanderers itu berjaya menjaringkan enam gol dalam masa 10 hari sekali gus mengatasi jaringan Firmino setakat ini yang hanya meledak lima gol.

“Aksi yang baik dipamerkan menyebabkan saya tidak pening kepala.

“Bagi aksi malam ini (awal pagi semalam) saya fikir keputusan yang dibuat adalah tepat untuk menyenaraikan Jota melihat kepada taktikal Ata­lanta kerana dia adalah pemain yang mampu untuk membantu benteng pertahanan.

“Bagaimanapun, itulah adat dunia kerana kita akan bercakap dan membuat perbandingan antara pemain yang lebih menyinar sedangkan kami mungkin tidak mampu merangkul trofi Liga Juara-Juara jika Firmino tidak bersama kami.

“Pada saya, sangat penting untuk kita memiliki lebih daripada 11 pemain yang mampu memberikan aksi terbaik buat pasukan. Kali ini Jota telah mempamerkan aksi terbaik dan saya tidak perlu resah,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI